Friday, 18 March 2016


1.2.1 : PENDUDUKAN PORTUGIS



  • Pada tahun 1511, Portugis menyerang Melaka tetapi Portugis hanya berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja. Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan meneruskan era Kesultanan Melayu ke negeri Johor dan Perak.
  • Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu dari tahun 1511-164.
  • Wizurai Alfonso de Albuquerque ditugaskan

  • menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka 

  • membina Kota, iaitu A Famosa untuk melindungi Melaka dari serangan Sultan Mahmud


  • Sultan Mahmud telah beberapa kali mencuba menawan semula Kota Melaka tetapi tidak berjaya.
  • Sistem pentadbiran Portugis adalah berbentuk militer atau kenteraan.
  • Kapten Kota Melaka dikenali sebagai Gabenor Selatan yang dilantik dari golongan Fidalgo dan bertugas selama 3 hingga 4 tahun.
  • Hal Ehwal Militer iaitu Kapten Jeneral berkhidmat setiap 3 tahun dan dibantu golongan Feitor.
  • Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan, iaitu :
  • Semua kapal pedagang diwajibkan membayar cukai sebanyak 6%-10%
  • Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran
  • Diskriminasi islam  
  • Memonopoli barang-barang dagangan utama  
  • Membeli dengan harga  murah dan menjual dengan harga yang tinggi
  • Ekonomi Portugis di Melaka mengalami kemerosotan.
  • Portugis di Melaka juga terlibat dengan peperangan Tiga Penjuru/Perang Tiga Segi.
  • Peperangan Tiga Segi meletus pada abad ke-16 yang melibatkan tiga pihak ,iaitu:
      • Portugis (yang berpangkalan di Melaka)
      • Acheh
      • Johor
  • Kesan daripada kemerosotan dan peperangan ini telah membuatkan Portugis(Melaka) jatuh ke tangan Belanda.
  • Walaupun Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, tetapi Portugis tidak dapat meluaskan kuasanya kerana tidak berjaya menyebarkan agama Kristian kerana kekuatan agama Islam pada waktu itu.