Friday, 18 March 2016

1.2 : PENDUDUKAN KUASA ASING


  •  Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan , penerokaan dan penjajahan maka Tanah melayu turut menjadi tumpuan kuasa kuasa Barat.
  • Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat setelah kerajaan Melayu Melaka ditewaskan oleh Portugis pada tahun 1511.
  • Penjajahan tersebut bermula pada abad ke -15.
  • Portugis dan Sepanyol adalah kuasa barat yang paling berpengaruh dalam meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu.
Dari segi rentetan Peristiwa,
  • Pelayaran orang Eropah semakin menghampiri asia apabila Bartholomew Diaz Berjaya tiba ke Tanjung Pengharapan di Benua Afrika pada Tahun 1488.
  • Disusuli pula pelayaran Vasco Da Gama sehingga tiba di Kalikat pada tahun  1498.
  • penenmuan ini membuka peluang kepada Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di India dengan membuka loji perdagangan di cochin dan seterusnya menawan Goa pada Tahun 1510.
  • Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis Di India sebelum menanwan Kota Melaka pada tahun 1511.
Bermula Pada tahun 1511 hinggalah Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
  • Catatan sejarah menunjukkan Negara ini telah diduduki kuasa-kuasa asing selama 446 tahun .
  • Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641) , Belanda (1641-1824) dan British (1824-1957).
  • Malah, Negara pernah diduduki Jepun (1941-1945)
  • Dibahagian lain pula , negeri-negeri melayu Utara pernah dinaungi oleh kerajaan Siam.