Friday, 18 March 2016


1.2.2 : PENDUDUKAN BELANDA


  • Pada tahun 1559, Belanda telah tiba di kepulauan Melayu.
  • Matlamat utama mereka ialah untuk mendapatkan rempah ratus, buah pala dan kayu cengkih.
  • Kepesatan pedagang telah mendorong pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur  atau V.O.C pada tahun 20 Mac 1602.
  • Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) tahun 1602 untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu.


Belanda Di Melaka



  • Pada tahun 1619, Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.
  • Bertawi dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada pedagang dari seluruh dunia.
  • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara Lenyap sama sekali.
  • Selepas menguasai Pelabuhan Melaka, Belanda (v.o.c) telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut :
      • Mewajibkan setiap kapal  pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk berdagang di Melaka.
      • Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu (terutama di Perak, Selangor dan Sungai Ujong) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu.
  • Ketika menduduki Melaka, Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke -17 hingga ke-18 .
  • Pedagang Cina dikatakan amat meminati timah dari Tanah Melayu  yang disebut lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari barat.


Belanda Di Perak



  • Seawal tahun 1639, Sultan Muzaffar Syah 11 (Raja Sulong)  telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan  timah.
  • Pada tahun 1641, V.O.C menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak, tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar.
  • Belanda kemudian meminta bantuan dari Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin (1641-1675) hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga di Perak.
  • Akibat daripada kejadian penabalan  Aceh terpaksa tunduk dengan permintaan Gabenor Jeneral Belanda pada ketika itu, iaitu Cornelis van der Lijn.
  • John Truijtman ke Perak untuk menandatangani satu perjanjian dengan Sultan  Muzaffar pada 15 Ogos 1650 dan seterusnya mendirikan logi mereka  di Kuala Perak.
  • Logi tersebut telah diserang oleh  orang Perak dan menyebabkan 27 orang terbunuh dan logi dimusnahkan
  • Pada Tahun1655, iaitu semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar , Truijtman ke Perak untuk menuntut perkara-perkara berikut :
      • Perjanjian supaya diperbaharui.
      • memonopolikan bijih timah sepenuhnya,
      • Menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan sebelum ini.
      • menuntut ganti rugi sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.
  • Sultan tidak melayani tuntutan ini. Akhirnya ,sultan menandatangani perjanjian  dengan Belanda pada 20 Jun 1659 menetapkan hanya Belanda yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 30 rial sebahara.
  • Belanda membina semula loji di Perak dan disebabkan harga yang ditawarkan oleh belanda masih rendah, perdagangan dengan pedagang luar masih berlaku dan akhirnya belanda menutup semula lojinya.
  • Pada tahun1970, Belanda membina kota di Pulau Pangkor dan Perak menyerang Kota Belanda pada tahun 1676 dan 1677.
  • Namun Belanda mengukuhkan Kedudukan di Pangkor sehingga mengawal laluan perdagangan di Perak. Melalui usaha ini Belanda berjaya membawa sebanyak 450 ribu paun bijih timah dari Perak Ke Melaka,
  • Pada tahun  1690, kota dan logi Belanda terpaksa ditutup kerana diserang oleh pemimpin-pemimpin Perak.
  • Pada pertengahan abad ke-18, Belanda kembali ke Perak dan menduduki Pangkor. Akibat  satu pertikaian yang tercetus antara  Sultan Muzaffar dengan saudaranya, Baginda membenarkan Belanda berdagang di di Perak dan membina kubu di Pangkor dengan bersyarat Belanda perlu memberi perlindungan kepada baginda daripada Bugis.
  • Hasilnya ,satu perjanjian ditandatangani pada 25J un 1747 dan Belanda diberi kebebasan berniaga timah di Perak.
  • Belanda membina kubu daripada kayu yang dikelilingi terusan selebar 12 kaki dan diletakkan pucuk meriam.
  • Dasar berkerjasama dengan Belanda kemudian diteruskan oleh Sultan Iskandar Zulkarnain.
  • Ketika perak di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1765-1773), perjanjian Perak-Belanda (V.O.C) ditandatangani pada 17 Oktober 1765 dan belanda diwakili oleh Everard Cramer.
  • Perjanjian yang mengandungi 13 fasal ini antaranya  menyebut sultan berjanji membekalkan timah kepada Belanda (monopoli) dengan harga 34 rial sebahara. Sultan juga perlu bertanggungjawab agar tidak berlaku penyeludupan.
  • Belanda dan V.O.C semakin tertekan apabila pentadbiran Perak dipangku oleh Raja Muda apabila Sultan Ahmadin tidak sihat.
  • Akhirnya , logi Belanda terpaksa ditutup pada tahun 1795 akibat beberapa faktor seperti Surat-surat Kew dan status V.O.C dibubarkan.


Belanda Di Selangor


  • Di kuala selangor, satu bahara timah dapat dijual dengan  harga 38 rial . Apabila Belanda menawarkan harga 36 rial. 
  • Belanda yang tidak berpuas hati telah menyalahkan Sultan Selangor sebagai bertangungjawab mempengaruhi pengusaha timah di Perak,Rembau dan Lingga untuk menjual timah ke Selangor.
  • Dalam suatu pertempuran , Belanda telah berjaya mengalahkan orang Bugis.Satu perjanjian telah dibuat antara Belanda dengan orang Bugis terbabit pada tahun 1758 .
  • Kebimbangan Belanda bertambah memuncak apabila Kuala Selangor mula dikunjungi oleh kapal dagang British.
  • Mereka pada mulanya berniaga kain dan candu,kemudiannya mula membeli hasil dagangan timah di sini.
  • Pada tahun 1770-an,Sultan Ibrahim memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor , iaitu :

  • Sebagai pembekal semua hasil 
  • Timah dari Selangor  kepada British  dengan menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada Belanda.
  • Mengadakan hubungan baik dengan British  bagi mengelakkan ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka.
  • Sultan Ibrahim  telah melihat bahawa hubungan baik dengan British dilihat sebagai sangat signifikan kerana bukan sahaja mengatasi masalah perdagangan dan politik yang dihadapinya dengan kuasa Belanda dari Melaka, malahan dapat melindungi dirinya daripada ancaman kuasa-kuasa Melayu serantau seperti Kedah, Minangkabau dan Siak.
  • Persaingan-persaingan ekonomi sebigini ditambah pula dengan masalah politik yang meletus antara Johor dengan Belanda yang melibatkan Selangor. Akhirnya memaksa Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian pada 29 Julai 1786.
  • Perjanjian ini adalah untuk memastikan aktiviti perdagangan di Selangor dapat terus dijalankan .
  • Sultan Ibrahim terpaksa memberikan monopoli dagangan bijih timah di Selangor kepada Belanda.
  • Melalu surat-surat Kew, Belanda telah menyerahkan Melaka dan semua Tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada Britishbagi mengelakkan Tanah-Tanah ini jatuh ke tangan Perancis akibat peperangan Napleon di Eropah.
  • Apabila peperangan berakhir, British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.
  • British berusaha untuk kembali mempengaruhi negeri-negeri Melayu. Persaingan antara Belanda dan British memaksa mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (perjanjian London) pada tahun 1824.
  • Akhirnya Melaka menjadi wilayah penguasaan British secara rasmi.