*Selain negeri Melaka dan Johor,negeri-negeri lain juga mengalami perkembangan sistem berkerajaan.
*Antaranya ialah Perak,Pahang,Negeri Sembilan,Selangor,Terengganu,Kedah dan Kelantan.
PERAK
*Perak juga pernah dikenali sebagai sebuah negeri yang bernama Gangga Negara yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 dikawasan Beruas @ Manjung,Perak.
*Pemerintah Perak berasal dari keturunan Melaka.Keturunan ini bertahan sehingga abad ke-17 apabila keluarga baharu muncul dari Pahang dan memerintah Perak.
*Punca-punca peralihan tampuk pemerintahan ialah ;
~Campur tangan pemerintah Aceh.
PAHANG
*Pengasas Kesultanan Pahang terbahagi kepada dua era ;
~Sultan Muhammad Syah ibni Sultan Mansor Syah(Dinasti baginda memerintah Pahang dari abad ke-15 hingga 1641)
~Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah ibni Wan Ali(Dinasti baginda memerintah Pahang dari tahun 1884 hingga kini)
NEGERI SEMBILAN
*Nama Negeri Sembilan berasal daripada hasil terbentuknya 9 buah kawasan yang terdapat dalam negeri tersebut.
*Permulaan tampuk pemerintahan Negeri Sembilan ;
1)Raja Kasah = Disingkirkan kerana gagal dalam pentadbiran.
2)Raja Adil = Disingkirkan kerana gagal dalam pentadbiran.
3)Raja Melewar = Berjaya menerajui takhta dan menyandang
jawatan Yamtuan Negeri dan bersemayam di
Seri Menanti.Raja Melewar mangkat tetapi
puteranya tidak terpilih kerana tidak memiliki
ciri-ciri seorang pemimpin.
4)Raja Hitam = Ditabalkan menjadi raja tetapi tidak mempunyai
anak dan mangkat.
5)Raja Lenggang = Ditabalkan menjadi raja dan mangkat.
Anaknya Raja Radin menaiki takhta dan
generasi inilah yang berjaya menguasai dan
mewarisi tahkta.
SELANGOR
*Pengasas Kesultanan Selangor ialah Raja Lumu bin Daeng Chelak yang bertakhta dengan gelaran Sultan Salehuddin Syah pada tahun 1766.
*Beliau memohon ditabalkan menjadi raja yang sah daripada Sultan Perak.
*Raja Lumu sebagai raja yang bebas dan Selangor menjadi negeri yang berdaulat.
TERENGGANU
*Dikenali sebagai pelabuhan perdagangan.
*China menamakan pelabuhan di timur semenanjung tanah melayu sebagai "TONG-YA-NONG".
*Pengasas Kesultanan Terengganu ialah Sultan Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid pada tahun 1708.
*Bukti pertabalan baginda adalah dengan menjumpai duit kupang emas.
KEDAH
*Pengasas Kesultanan Kedah adalah Sultan Muzaffar Syah(yang bergelar Raja Phra Ong Mahawangsa sebelum memeluk islam)pada tahun 1136.
*Raja yang datang dari Rom dan merupakan dinasti yang ketujuh dan pertama memeluk islam.
KELANTAN
*Negeri ini pernah diperintahkan oleh Raja perempuan iaitu,Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang.
*Berlaku Konflik semasa pemerintahan Long Sulaiman yang menyebabkan beliau dibunuh oleh menantunya Long Deraman.
*Takhta Kelantan diberikan kepada Long Muhammad.
*Long Muhammad mangkat dan Long Pandak menggantikan beliau.
*Long Yunus yang disingkirkan daripada takhta sebelum ini kemudiannya berhasrat ingin menduduki takhta dan meminta bantuan daripada Sutan Terengganu.Long Yunus berjaya menduduki takhta dan mengembalikan semula takhta kepada warisan Long Bahar di Kelantan.