Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia.Meliputi aspek pemerintahan,perundangan,institusi sosial dan ekonomi
1.1.1 KERAJAAN MELAKA
*Merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.
*Antara kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud sebelum kelahiran Kerajaan Melaka :
~Funan
~Majapahit
~Langkasuka
~Sriwijaya
~Khamer
~Kutai
~Gangga Negara
PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
*Tahun 1391,kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa).Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura).
*Singapura telah bernaung di bawah kerajaa Ayudhya,Siam yang diperintah oleh Sang Aji Singapura,iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.
*Parameswara sampai ke Melaka dan disitu wujudnya satu perkampungan nelayan.
*Melaka berasal daripada perkataan arab iaitu Malaqat yang bermaksud tempat berlindung.
PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL :
*Parameswara membuka petempatan di Melaka :
~Antara kemudahan yang disediakan oleh Parameswara :
=Menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.
=China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktarafan daripada Maharaja China.
=Tahun 1403,seorang duta dari China yang bernama Yin Ching datang dan membawa hadiah daripada kerajaan China kepada Parameswara.Hal ini membuktikan bahawa Melaka telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan China.
=Parameswara ditabalkan sebagai raja.
=Melaka merupakan kerajaan pertama Asia yang mendapat penghormatan ini.
=Melaka diberi perlindungan keselamatan,oleh itu,Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit.
PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA :
Sultan Melaka | Tempoh memerintah |
---|---|
Parameswara (Raja Iskandar Shah) | 1400 – 1414 |
Sultan Megat Iskandar Shah | 1414 – 1424 |
Sultan Muhammad Shah | 1424 – 1444 |
Sultan Abu Syahid | 1444 – 1446 |
Sultan Muzaffar Shah | 1446 – 1456 |
Sultan Mansur Shah | 1456 – 1477 |
Sultan Alauddin Riayat Shah | 1477 – 1488 |
Sultan Mahmud Shah | 1488 – 1511 |
*Sultan Iskandar Syah merupakan raja pertama yang memeluk islam.Sistem pemerintahan ini disebut sebagai Raja Mutlak yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.
*Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun iaitu SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN.
*Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun iaitu SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN.
JAWATAN
|
FUNGSI
|
BENDAHARA
|
=MENTERI UTAMA YANG BERTINDAK SEBAGAI PENASIHAT
KANAN RAJA.
=BERKETURUNAN RAJA DAN MEMPUNYAI TALIAN RAPAT DENGAN
RAJA.
=MENJADI PEMANGKU RAJA SEMASA KETIADAAN RAJA.
=BOLEH MENJADI KETUA HAKIM SEMASA KETIADAAN RAJA.
=BERPERANAN SEBAGAI PEMILIH DAN PELANTIK RAJA.
|
PENGHULU BENDAHARI
|
=BENDAHARI KERAJAAN YANG MENGAWAL PERBENDAHARAAN
NEGARA.
=MEMUNGUT CUKAI DAN HASIL NEGERI.
=MENYIMPAN DAFTAR HAMBA RAJA DAN KETUA BAGI SEMUA
SYAHBANDAR.
|
TEMENGGUNG
|
=PELAKSANA @ KETUA UNDANG-UNDANG,PERATURAN NEGERI
& KESELAMATAN.
=DIGELAR SEBAGAI KETUA POLIS NEGARA.
|
LAKSAMANA
|
=RAJA DI LAUT.
=MENGETUAI SEMUA PAHLAWAN KERAJAAN
=BERTANGGUNGJAWAB MEMIKUL PEDANG KERAJAAN DALAM
UPACARA RASMI.
|
MELAKA SEBUAH KERAJAAN YANG AGUNG :
FAKTOR-FAKTOR :
*Empayar yang luas dan kukuh.
*Pusat perdagangan dunia.
*Kedudukan yang strategik.
*Pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat.
*Perdagangan yang pesat yang menggalakkan penyebaran agama islam dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama.
*Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa,perundangan,kebudayaan dan kesusasteraan.
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA :
FAKTOR SEMULA JADI @ GEOGRAFI ;
~Terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan dunia.
~Kedudukan di petemuan angin monsun dan terlindung daripada tiupan angin monsun.
~Kekayaan sumber asli.
~Pertukaran barang (sistem barter)
~Tanah Melayu kaya dengan sumber galian
FAKTOR EKONOMI :
~Kekayaan hasil serantau
~Pelabuhan entreport yang maju dan berjaya
FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN :
~Melaka memperolehi perlindungan politik.
~Mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap
~Sistem perbendaharaan yang tersusun.
~Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar ( lingua franca)
KEJATUHAN MELAKA :
FAKTOR DALAMAN ;
*Kelemahan sistem pemerintahan.
*Kelemahan sistem pertahanan
*Kurangnya perpaduan rakyat Melaka.
*Sikap pembesar yang tidak adil
*Pegangan agama yang lemah
FAKTOR LUARAN ;
*Penemuan Tanjung Pengharapan
*Pengkhianatan di dalam kalangan pembesar.
*Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis.
*Portugis menyerang Melaka dan Melaka menang pada serangan portugis yang pertama manakala Melaka kalah pada serangan yang kedua yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.