KESIMPULAN
Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.Selain itu,sesebuah negara negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri,walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah Sebenarnya,penjajahan memberikan banyak kesan negatif terhadap perkembangan sesebuah negara bangsa.Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia pada negara akan menyebabkan negara itu dijajah.Maka dari itu,sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh atau dipengaruhi dengan dakyah asing.Akhirnya,peristiwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi, terbuka minda,taat setia,bersatu padu dan tat pada undang undang negara.
Saturday, 19 March 2016
pendudukan jepun
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Pendudukan Jepun bermula pada tahun 1942 sehinggalah 1945…

BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
(1) Faktor Jepun menjadi kuasa imperialis
1. Maharaja Mikado Meiji – memodenkan Jepun
2. Pemulihan Meiji – tekankan pemodenan dan perindustrian
3. Negara Barat – dijadikan model
4. China – ada bahan mentah dan berpotensi pasaran
5. Jepun menang Perang Rusia-Jepun 1905
6. Masalah ekonomi di Jepun
7. Pertambahan penduduk Jepun
8. Tanah pertanian di Jepun berkurangan.
9. Perlu bahan mentah spt petroleum, bijih timah dan getah.
10. Perlu pasaran baru untuk hasil perindustriannya.
11. Tawan sebahagian China selepas Perang China-Jepun Kedua
12. Amerika Syarikat adakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China
13. Gol. tentera pimpinan Jeneral Tojo serang Asia Tengggara untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.
14. Slogan Pihak Jepun –
i. “Asia untuk Orang Asia”,
ii. “Semangat Asia”,
iii. “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
(2) Kemaraan Jepun ke Tanah Melayu
1. Mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu.
2. Mara ke Jitra, Kedah.
3. Tentera Jepun berpecah dua pasukan:
i. Ke Pulau Pinang dan mara ke selatan melalui pesisiran pantai
ii. Mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat.
4 Mendarat Kota Bharu – mara ke selatan mengikut jalan barat di negeri-negeri pantai timur.
5. Kemaraan ke Tanah Melayu melalui Pantai Barat;
i) Mendarat di Singgora dan Pattani mara ke Jitra.
ii) Dari Alor Star ke selatan melalui bandar utama
iii) Dari Pulau Pinang ke selatan melalui pesisiran pantai
iv) Menawan Kuala Lumpur
v) Menawan Singapura – Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun.
6. Kemaraan Jepun ke Tanah Melayu melalui Pantai Timur;
i) Mendarat di Kota Bharu.
ii) “Kapal “Repulse” dan “Prince of Wales” ditenggelamkan oleh tentera berani mati Jepun.
(3) Kemaraan Jepun ke Sabah dan Sarawak
1. Mendarat di Miri
2. Berpecah kepada dua pasukan;
i) Ke Kuching dan kemudian ke Sibu
ii) Ke Sabah melalui Labuan dan ke Sandakan.
3. Tiada tentangan sengit
(4) Cara Kemaraan Tentera Jepun
1. Kapal terbang perang
2. Kereta kebal penggempur
3. Kereta kebal yang kecil
4. Penggunaan bot
5. Penggunaan basikal – melalui jalan sempit – cepatkan perjalanan
(5) Kemusnahan Akibat Peperangan
1. Kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi dan bangunan.
2. Semasa berundur, tentera British menggunakan taktik “bumi hangus” (memusnahkan jambatan, jalan kereta api, ladang dan kawasan perlombongan)
3. Bagi melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi.
4. British bakar telaga minyak di Miri
5. British musnah dokumen-dokumen kerajaan.
6. Kemusnahan menggagalkan cita Jepun untuk menguasai bahan mentah
7. Bangunan musnah.
8. Menghancurkan tamadun manusia.
9. Bangunan Muzium Selangor musnah
10. Jambatan Guillemard di Kuala Krai diletupkan
(6) Kejatuhan Tanah Melayu di tangan Jepun
1. Tentera British terdiri askar India-Gurkha, Australia.
2. Tentera British tidak berhasrat mempertahankan TM dgn bersungguh kecuali Singapura.
3. Tumpuan British – mempertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.
4. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang mempertahankan TM
5. Leftenan Adnan anggota Rejimen Askar Melayu ketuai pasukan di Bukit Gap, Singapura.
6. Leftenan Adnan gugur dalam pertempuran
7. Leftenan Jeneral A.E. Percival serah diri kepada Left. Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.
(7) Faktor Kejayaan Jepun
1. Perancangan awal perang;
– Jepun guna propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk
– Jepun jalankan aktiviti perisikan bagi mendapatkan maklumat
2. Kelengkapan perang tentera Jepun;
– Kapal terbang pejuang seperti “Zero Fighter?.
– Guna kereta kebal – sesuai keadaan muka bumi di Tanah Melayu.
3. Pakatan Jepun-Thailand;
– Thailand beri laluan kpd tentera Jepun mendarat
– Sebg balasan, Jepun tidak menyerang Thailand.
– Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand.
4. Taktik serangan Jepun;
– Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii
– Jepun serang dari utara kerana British tertumpu di selatan iaitu Singapura.
5. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM);
– KMM sebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu.
– KMM beri maklumat perisikan tentang TM
– KMM jadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
6. Semangat tentera Jepun;
– Berjuang untuk kemegahan negara Jepun
– Rela mati demi Maharaja Jepun.
– Berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
7. Kelemahan tentera British;
– Tentera British tidak bersedia
– British menumpukan peperangan di Eropah.
– kurang latihan
– kekurangan peralatan perang
– Askar India yang berkhidmat dengan tentera British berubah sikap menjadi anti-British.
– Tumpuan pertahanan hanya di Singapura.
8. Kegiatan Perisikan Jepun;
– Anggota tentera dan rakyat Jepun di Tanah Melayu menjadi ejen perisikan.
– Mereka menyamar sebg tukang gunting rambut,
– Menyamar sebagai orang Cina dan pelancong.
– Tentera Jepun guna kesempatan semasa kuasa Barat sedang menumpukan perhatian terhadap peperangan di Eropah.
– Penduduk terpengaruh dengan slogan-Jepun.
(8) Pemerintahan Jepun
1. Pemerintahan bercorak ketenteraan
2. Tanah Melayu dikenali Malai Baru (Melayu Baru).
3. Singapura dikenali Syonan (Cahaya Selatan)
4. Pentadbiran Singapura diasingkan drp Tanah Melayu
5. Gabungkan Tanah Melayu dgn Sumatera di bawah satu pentadbiran pusat.
6. Di bawah pentadbiran pusat, -pentadbiran wilayah yang terdiri daripada negeri-negeri.
7. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah.
8. Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand
9. Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi pentadbiran Borneo Utara – diketuai Gabenor Jeneral yang beribu pejabat di Kuching.
10. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah
11. Sabah dibahagikan kepada dua wilayah.
12. Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah.
(9) Dasar pemerintahan tentera Jepun
1. Peranan Sultan;
i. Tidak lagi menjadi pemerintah negeri
ii. Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
iii. Diberi elaun seperti semasa pmh British
2. Tanah Melayu jadi tanah jajahan Jepun.
3. Majlis Agama Islam ditubuhkan
4. Ekonomi dieksploitasi untuk perindustrian dan membiayai peperangan.
5. Mata wang Jepun diperkenalkan.
6. Pengenalan ekonomi kawalan
7. Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan.
8. Catuan makanan – atasi kekurangan bahan keperluan harian.
9. Layanan istimewa kepada “kaisha” (syarikat Jepun)
10. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup
11. Kesetiaan terhadap Jepun
12. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah.
13. Nippon-Go – bahasa pengantar di sekolah.
14. Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun
15. Orang Melayu – Dilayan lebih baik untuk mendapat kerjasama
16. Orang Cina – Dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
17. Orang India- Dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.
18. Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
19. Nama persatuan perdagangan menggunakan bahasa Jepun
20. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
(10) Reaksi penduduk:
i) Reaksi di kalangan orang Melayu terpengaruh dengan slogan Jepun Diberikan layanan baik oleh tentera Jepun. KMM di bawah Ibrahim Haji Yaacob adakan pakatan sulit dengan Jepun dengan harapan Tanah Melayu diberikan kemerdekaan. Sokongan orang Melayu tidak kekal lama. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yg dijanjikan. Peringkat awal – Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu. KMM dibubarkan oleh Jepun.
ii) Reaksi di kalangan orang Cina dipengaruhi oleh Perang China-Jepun terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Mereka memulaukan barangan Jepun dan memungut derma untuk bantu negara China. Pemuda Cina balik ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun. orang Cina dilayan secara kasar ada menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan nyawa
iii) Reaksi di kalangan orang India dpt layanan baik kerana Jepun memerlukan kerjasama untuk mengusir British di India. Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya bekerjasama dengan mereka. Ramai orang India sertai Tentera Kebangsaan India. Jepun menjadi pendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India.
(11) Gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu
1. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA);
– Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya
– Bekerjasama dengan British – dapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan dan senjata.
2. Force 136;
– Ditubuhkan oleh Tentera Bersekutu di Pahang, Johor dan Kedah
– Anggota mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka.
– Anggotan terdiri pegawai tadbir Melayu
3. Askar Melayu Setia (AMS);
– Lancarkan perang gerila.
– Bekerjasama dan mendapat bantuan Force 136.
4. Pasukan Wataniah Pahang;
– Sultan Pahang sebagai Pemerintah Kehormat.
– Diketuai oleh Yeop Mahidin.
– Wadah pemuda Melayu menentang Jepun
– Hubungan baik dengan pasukan Force 136.
5. Gerila Kinabalu;
– Pimpinan Albert Kwok.
– Melancarkan pemberontakan “Double Tenth” tetapi gagal.
6. Gerila Datu Mustapha – penentangan di Kudat.
7. Gerila di Sandakan – penentangan di Sandakan.
8. Penentangan di pesisir pantai Sarawak;
– Jalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir Jepun.
(12) Kekalahan Jepun
1. Tentera Bersekutu gugurkan bom atom di Hiroshima dan di Nagasaki.
2. Jepun menyerah kalah tanpa syarat
3. Jeneral Seishiro Itagaki menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Singapura.
4. Di wilayah Borneo , Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan.
5. Jeneral Seishiro Itagaki menandatangani perjanjian menyerah kalah kepada Laksamana Louis Mountbatten, Komander Tentera Bersekutu di Asia Tenggara pada 12 September 1945 di bangunan Majlis Perbandaran Singapura.
(13) Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
(a) Politik
1. Keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajahan.
2. Jepun semarakkan semangat kebangsaan
3. Slogan Jepun “Asia untuk Orang Asia” mempengaruhi pemikiran penduduk
5. Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) – melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. Koa Kunrenjo ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
6. Orang tempatan – peluang jadi pegawai daerah;
i. Abang Haji Openg (di Kuching)
ii. Mohd. Salleh Haji Sulaiman (di Hulu Perak)
7. Ibrahim Haji Yaacob keuai pasukan Pembela Tanah Air(PETA) iaitu pertubuhan separa tentera yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu.
8. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiada Melayu.
9. Dato? Onn Ja?afar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor dan dilantik semula menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
10. Jepun sekat kebebasan bersuara penduduk
11. Akhbar mencurigakan diharamkan oleh Jepun.
12. Pertubuhan pro-Jepun dibenarkan aktif.
13. KMM diharamkan
14. Apabila menerima tekanan tentera Bersekutu, Jepun beri kelonggaran kepada pertubuhan politik untuk bergiat semula seperti KMM.
15. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama dengan Indonesia.
16. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) bertujuan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia bagi mengukuhkan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh KMM.
17. Semangat kebangsaan orang India – memerdekakan negara India.
18. Semangat kebangsaan orang Cina – anti-Jepun kesan daripada Perang China-Jepun.
19. PKM dapat bantuan daripada pasukan Force 136.
20. PKM menubuhkan MPAJA.
21. MPAJA dikenali “Bintang Tiga” -melambangkan tiga kaum utama. Sebhgn besar orang Cina.
(b) Ekonomi
1. Rancangan „Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal.
2. Ekonomi merosot
3. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan.
4. Pengangguran meningkat.
5. Perdagangan antarabangsa terhenti.
6. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera Bersekutu – bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun.
7. Amalan rasuah, sorok barang dan pasaran gelap
8. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan.
9. Berlakunya inflasi.
10. Mata wang Jepun “wang pokok pisang” digunakan.
11. Makanan dan ubat-ubatan sukar diperoleh
12. Catuan bekalan makanan.
13. Kad catuan – setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan.
14. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama.
c) Ciptaan baru
1. Keperitan hidup menjadikan kita lebih kreatif.
2. Ciptaan baru berasaskan bahan tempatan.
3. Contohnya, kasut getah daripada getah keping. Kain dihasilkan daripada benang nanas.
4. Perusahaan tradisional seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa & rokok daun digiatkan semula.
5. Ubat-ubatan tradisional jadi penting.
6. Muncul industri baru berasaskan sumber tempatan;
– Kenderaan lori dan kereta berkuasa wap menggunakan arang dicipta.
– Bahan api daripada susu getah.
– Tayar tanpa tiub daripada getah padat.
– Tali kapal daripada sabut kelapa.
– Kelambu dan kain daripada benang daun nanas.
– Peralatan berasaskan kulit haiwan dan logam
d) Sosial
1. kesengsaraan dan ketakutan.
2. Perintah berkurung dan sekatan perjalanan.
3. Penduduk mencurigai antara satu sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
4. Ramai jadi mangsa kekejaman tentera Jepun.
5. Kempeitei menjalankan tugas pengintipan.
6. “Seksa dulu kemudian siasat” – amalan kempeitei.
7. Hukuman dera dan hukuman mati dijalankan.
8. Rakyat dijadikan buruh paksa.
9. Penduduk menjadi buruh paksa – bina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma.
10. Wabak penyakit berjangkit.
11. Kebuluran
12. Ubat sukar didapati -bekalan tidak dapat diimport.
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British
Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831
Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
Februari 1834 Dol Said menyerah diri
PENENTANGAN DI SELANGOR
Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
1868,sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Kelang.British campur tangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi.Walaupun hanya perang saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan
Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British
Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831
Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
Februari 1834 Dol Said menyerah diri
PENENTANGAN DI SELANGOR
Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
1868,sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Kelang.British campur tangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi.Walaupun hanya perang saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan
PENENTANGAN DI PERAK
Sebab penentangan British di Perak
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
- Hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kepada hamba
- campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa melayu
Dato Maharajalela, Dato Sagor Dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak
Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
- Hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kepada hamba
- campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa melayu
Dato Maharajalela, Dato Sagor Dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak
Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles
PENENTANGAN DI PAHANG
Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
PENENTANGAN DI KELANTAN
Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut)
Punca penentangan:
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
PENENTANGAN DI TERENGGANUMelalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut)
Punca penentangan:
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan Tani pada 1928
Faktor pemberontakan Tani:
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan .
Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
Faktor pemberontakan Tani:
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan .
Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
PENENTANGAN DI SARAWAK
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh dinasti Brooke.
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh dinasti Brooke.
Beberapa pemberontakan berlaku:
a) Rentap
1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang Kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee.
1861 , Brooke lancar serangan secara besaran Kubu Rentap di Bukit Sadok
1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang Kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee.
1861 , Brooke lancar serangan secara besaran Kubu Rentap di Bukit Sadok
b) Banting
Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan
1908, Brooke berjaya tewaskan Banting
Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan
1908, Brooke berjaya tewaskan Banting
c) Sharif Masahor
Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang
Beliau merupakan Gabenor Sarikei di sungai Rejang dilantik oleh sultan Brunei
Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang
Beliau merupakan Gabenor Sarikei di sungai Rejang dilantik oleh sultan Brunei
d) Asun
Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun
Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun
1932, Asun menyerah diri dan di buang negeri ke Lundu
PENENTANGAN DI SABAH
Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British
Dua pemberontakan tercetus iaitu :
Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British
Dua pemberontakan tercetus iaitu :
a) Pemberontakan Mat Saleh
Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894) , serang perlabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894) , serang perlabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
Diketuai oleh Antanu pada1915
Diketuai oleh Antanu pada1915
Faktor pemberontakan
Cukai keatas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan
Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanu di tawan dan dihukum bunuh.
Cukai keatas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan
Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanu di tawan dan dihukum bunuh.
Friday, 18 March 2016
1.2.3 : PENDUDUKAN BRITISH
Campur Tangan di Selangor:
- Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan British bertujuan untuk mengeksploistasi sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan, hasrat British untuk terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu.
Kedatangan British Ke Tanah Melayu
- Di Selangor, Sultan Ibrahim mempunyai hubungan dengan pedagang-pedagang British.
- Kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke Selangor dikenali sebagai country traders merupakan faktor penyumbang pertumbuhan perdagangan di Kuala Selangor.
- Pendatang-pendatang menjual kain dan candu dari India. Selepas itu, mereka membeli bijih timah dengan harga yang tinggi.
- Pada tahun 1778 hingga tahun 1780, bilangan kapal British ke Melaka meningkat daripada 62 buah ke 65 buah. Sebuah Syarikat Perniagaan Madras ditubuhkan pada tahun 1766 telah pergi ke Aceh dan Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan timah.
- Selangor menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang British. Francis Light dan James Scott menganggotai syarikat.
- Hal ini kerana mereka mempromosikan kepentingan pusat-pusat perdagangan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kepada pedagang British.
- Pengunduran Belanda adalah akibat Surat-surat Kew pada tahun 1795.
- British mempergiatkan usaha memonopoli bijih timah dan British juga mendapat lebih kurang 2000 bahara (6000 pikul) timah dari Perak untuk dibawa ke Pulau Pinang.
- Memonopoli timah di Selangor dan Perak menjadi tetap apabila termeterainya perjanjian perdagangan antara Sultan Selangor dan Sultan Perak dengan wakil British iaitu Walter Sewell Cracroft pada 30 julai 1818.
- Perbuatan ini mengorak langkah ke negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah.
- Pada tahun 1771, syarikat British iaitu Francis Jourdain mendapat kebenaran untuk mendirikan loji di Kuala Kedah daripada Sultan Muhammad Jiwa .
- Pada tahun 1772, Sultan Muhammad Jiwa berjanji dengan Edward Monckton untuk menjual semua hasil gading gajah, lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur British.
- Pada tahun 1784, Thomas Forrest berjaya mendapat kebenaran mendirikan banyak gudang dan loji di Kedah.
- Hal ini menyebabkan Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang.
- British tidak terlibat dalam pentadbiran pada mulanya kerana hanya memberi tumpuan untuk memonopoli hasil ekonomi.
- Sikap British telah berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu yang menyebabkan British campur tangan dalam penguasaan kawasan perlombongan bijih timah.
Campur Tangan British Dalam Politik Di Negeri-Negeri Selat
Pendudukan di Pulau Pinang :
- Pendudukan British di Pulau Pinang bermula dengan British mencari tapak yang strategik di Selat Melaka.
- Oleh itu,Francis Light telah menemui Pulau Pinang dan ingin memiliki Pulau Pinang.
- Francis Light menemui Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang.
- Francis Light telah menemui Gabenor Jeneral NNS untuk mencadangkan Ujong Salang, namun cadangannya ditolak.
- Seterusnya,Francis Light telah menemui Sultan Abdullah yang pada masa itu menghadapi masalah politik memberi persetujuan untuk memberi Pulau Pinang dengan syarat iaitu memberi bantuan tentera apabila diancam musuh.
Pendudukan di Singapura :
- Pada 6 Februari 1819,Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura kerana mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda kerajaan Johor.
- Raja Jaafar menyingkirkan Tengku Hussin daripada diangkat menjadi sultan Johor-Riau selepas Sultan Mahmud mangkat.
- Tengku Abdul Rahman pula mengisi jawatan tersebut dan Tengku Hussin menerima pelawaan Stamford Raffles dan Tengku Hussin dilantik sebagai sultan Singapura dan Johor.
- British dibenarkan menjadi kan Singapura sebagai pangkalan tentera dan perdagangan.
![]() |
Stamford Raffles |
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 :
- Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah ditandatangani antara Inggeris dan Belanda .
- Antara kandungannya ialah pengagihan kawasan Alam Melayu kepada dua iaitu dibawah kekuasaan British dan Belanda.
- Perjanjian ini memastikan penguasaan penuh British ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain.
- Kawasan British meliputi semenanjung Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak dan Brunei.
- Belanda menjajah negeri-negeri yang terdapat di bawah Singapura.
- Perjanjian ini menyebabkan empayar Johor-Riau telah terbahagi kepada dua dan menerima kesan yang mendalam pada sistem pentadbiran.
Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu
- Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor politik.
- Antara faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil-hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar. Selain memonopolikan hasil-hasil dagangan,t elah berlaku juga perkembangan Revolusi Perindustrian iaitu proses mengetinan makanan yang memerlukan hasil bijih timah
- Dari segi dorongan politik pula, Britain sangat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire.
- Selain itu,dasar imperialisme mulai merebak di Britain dan menyebabkan kuasa asing boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan perhubungan perekonomian dengan raja-raja melayu.
Campur Tangan di Perak:
- Negeri Perak merupakan negeri melayu yang terawal menerima penjajahan British.
- Hal ini kerana telah wujud perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.
- Sultan Abdullah yang mangkat telah digantikan oleh Sultan Jaafar.
- Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara tetapi disingkirkan dan Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara.
- Apabila Sultan Jafar mangkat, Raja Yusof dinaikan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja muda.
Campur Tangan di Selangor:
- Campur tangan di Selangor berlaku disebabkan oleh situasi yang tidak aman
- Kebiasaannya,pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakan pendapatan utama pembesar-pembesar dibuat di pintu masuk iaitu di muara – muara sungai.
- Perbuatan ini telah menjadi satu tradisi.
- Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar cukai,mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau pelanun.
- Ramai pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clerk.
- Pada bulan Jun 1871, sebuah kapal saudagar Cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan Raja Mahadi .
- Oleh itu,British menghantar angkatan tenteranya yang mengandungi 2 buah kapal perang iaitu Pluto dan Rinaldo menggempur kubu Raja Mahadi.
- Pada 16 November 1873, sebuah kapal british dari Melaka dirompak di Sungai Jugra , Langat berhampiran dengan kediaman Sultan Abdul Samad yang mengakibatkan lapan orang anak kapal rakyat British.
- Oleh itu, Andrew Clerk menangkap sembilan orang anak Melayu Selangor.
- Pada Februari 1874, perbicaraan diadakan dan tahanan-tahanan tersebut didapati bersalah dan tujuh orang dihukum mati.
- Pada akhir tahun 1873, sebuah kapal British dari Melaka diserang lanun yang memusnahkan rumah api di Tanjung Tuan.
- British mengesyaki dalang di sebalik rompakan tersebut ialah kerabat diraja Selangor sendiri.
- Andrew Clerk meminta bantuan tentera British di Laut China yang dipimpin oleh Charles Shadwell untuk mengepung dan menyerang Pantai Selangor.
- Pada bulan Ogos 1874 telah berlaku rompakan di Sungai Langat dan Sungai Labu. Andrew Clerk berkunjung ke Selangor untuk membuat rundingan sebanyak tiga kali dengan Sultan Abdul Samad.
- Hasilnya, Andrew Clerk menempatkan Frank Swettenham dari Singapura sebagai pagawai tadbir awam NNS dan Singapura untuk membantu sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor.
- Kedatangan Frank Swettenham disertai bersama dengan 20 askar Sepoi dan British melantik Frank Swettenham sebagai penasihat rasmi Sultan Abdul Samad.
- British meletakkan Selangor dibawa naungan kerajaan British mengikut suratnya yang bertarikh Oktober 1874.
- Seorang residen berjaya ditempatkan di Selangor. Selain itu, pelantikan J.G.Davidson sebagai residen pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.
Campur Tangan Di Sungai Ujong :
- British telah campur tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar
- Bertujuan menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.
- Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerima seorang residen British.
- Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai pemerintah sah Sungai Ujong.
- Melalui perjanjian 16 September 1874, Datuk Kelana diberi seorang penolong Residen iaitu W.I.Tatham.
- Setelah dikalahkan,Datuk Bandar tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.
Campur tangan di Negeri Sembilan:
- Campur tangan di Negeri Sembilan berlaku apabila Sir Frederick Weld menguasai daerah –daerah di Negeri Sembilan.
- Menjelang tahun 1888 , hanya daerah tampin yang belum dapat ditebusi oleh Britsh.
- Dengan adanya, pengaruh dari daerah Rembau , daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.
- Gabungan ini bersetuju menerima Martin Lister sebagai residen British.
- Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin Lister sebagai residen British.
Campur Tangan Di Pahang:
- British campur tangan di Pahang apabila berlakunya pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur..
- Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Muazzam Syah pada bulan disember 1884 .
- Beliau telah melantik puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris dan Wan Mansur berasa tidak puas hati lalu merancang untuk melancarkan serangan dengan bantuan British.
- Serangan itu berjaya dihalang.
- Pada bulan April 1885, Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan ini secara aman.
- Sultan Ahmad diberi cadangan untuk menerima seorang residen British .
- Namun usaha Swettenham gagal.
- Oleh itu, British terus mendesak sultan Ahmad untuk menerima seorang residen Pahang.British telah menerima John Pickersgill Rodger sebagai residen British melalui perjanjian 18 Oktober 1887.188
Sistem Residen
- Sistem Residen turut diterima oleh negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan.
- Jawatan residen merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu.
- Seterusnya , membolehkan British lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat.
- Pengawasan British sebagai penjajah adalah melalui institusi politik yang sedia ada,iaitu institusi politik tersebut digunakan dan dipelihara pada nama.
- Mereka berharap untuk mencetuskan perubahan secara perlahan-lahan. Antara matlamat Sistem Residen adalah untuk menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan. Selain itu,British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur.
- Sistem Residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semulajadi negeri-negeri Melayu.
Antara keburukan Sistem Residen ini ialah
- Tiada sistem yang jelas yang menyebabkan pegawai-pegawai British yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai sebarang garis panduan rasmi dalam mencapai matlamat mereka.
- Residen perlu menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mendapat bantuan kerajaan British.
- Hal ini kerana kerajaan British tidak mahu Sistem Residen menjadi beban kepada mereka.
- Hal ini telah menyebabkan elaun dan gaji residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu.
- Kesukaran perhubungan antara Gabenor NNS dan masalah –masalah di setiap negeri menyebabkan residen berkuasa penuh dalam usaha menegakkan asas pentadbiran moden.
Antara harapan terhadap residen ialah
- mengekalkan keamanan,memungut cukai dan hasil serta memajukan sumber kekayaan tanpa diberitahu cara pelaksanaan.
- Residen menjadi pemerintah sebenar kerana residen hanya bersidang dengan gabenor tujuh kali dalam setahun.
- Residen memanggil agenda perundingan dengan gabenor sebelum undang-undang baru diluluskan .
- Residen juga tidak mengambil kira pandangan para pembesar atau sultan.
Residen telah menyekat hak pembesar tempatan iaitu
- mengutip cukai.Residen membelakangkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri.
- Selain itu,gabenor tidak dapat mengawal kuasa residen disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang hubungan yang berlaku, kedudukannya yang beribu pejabat di Singapura, kurang maklumat yang diperoleh dan beliau sendiri yang tidak berminat dalam hal ehwal negeri Melayu.
- Kejadian yang mengambarkan residen berkuasa dalam semua perkara telah menyebabkan para pembesar dan sultan tidak berpuas hati.
- Sebagai contoh,di Perak ,residen J.W.W.Birch telah dibunuh pada tahun 1875 disebabkan kemarahan terhadap residen .
- Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas dalam dalam tugas mereka dan mereka telah menjalankan tugas berdasarkan wibawa dan kepentingan masing-masing.
- Oleh itu,British di Perak telah memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri.
- Sistem Residen ini telah memberi kesan yang mendalam kepada ekonomi,politik dan sosial negeri-negeri yang terlibat.
Antara pembangunan ekonomi negeri ialah
- negeri yang terlibat mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakain meningkat disebabkan perkembangan perusahaan bijih timah ,kopi dan getah.
- penempatan mula berkembang dan kawasan perbandaran diwujudkan kerana kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi moden.
- kesan ini telah menyebabkan ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan dalam sebuah negeri itu sendiri.
- Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur Barat manakala kaum peribumi jauh ketinggalan.
Antara perubahan pengaruh politik ialah
- Negeri-negeri masih berada di bawah penguasaan sultan.
- Pelantikan Residen British telah menyebabkan sultan tidak berkuasa mutlak dan pembesar hilang peranan mereka.
- Majlis Mesyuarat Negeri memperlihatkan lebih ramai pihak dalam pentadbiran negeri.Pada masa yang sama, keamanan negeri berjaya dipulihkan.
Antara perkembangan sosial ialah
- Perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api,pusat kesihatan,bekalan air ,bekalan elektrik dan pos,telegraf.
- Perkembangan ini hanya tertumpu di kawasan–kawasan yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dan di Bandar.
Negeri-negeri Selat(NNS) :
- Antara negeri yang terlibat dalam pembentukan Negeri-Negeri Selat ialah negeri Melaka, negeri Pulau Pinang dan negeri Singapura.
- Pada tahun 1826 ,kesemua negeri tersebut disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).
- Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS.
- NNS diketuai oleh Gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam.
- Gabenor yang pertama ialah Robert Fullerton.
- Pada peringkat negeri, setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular.
- Pada tahun 1830,NNS telah dijadikan sebuah Residensi dan diletakkan di bawah Residensi Benggala.
- Pada 1 April 1867,pentadbiran NNS telah diletakkan secara rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.
- NNS telah dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).
- Sistem ini menyebabkan Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) :
- Pada tahun 1895,Sistem Residen semakin kukuh di Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.
- Oleh itu, kerajaan British telah menubuhkan NNMB melaui Perjanjian Persekutuan yang meliputi keempat-empat negeri tersebut.
- Penubuhan ini dikuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896 dan NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
- Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS manakala Gabenor bertanggungjawabkepada Pesuruhjaya Tinggi British di London .
- Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham.
- Jawatan residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral yang bertanggungjawab menasihati raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran kecuali agama dan adat istiadat .
- Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- Sebuah majlis yang dikenali sebagai Durbar ditubuhkan.
- Majlis ini merupakan sebuah persidangan yang dihadiri oleh raja-raja Melayu bersama-sama pegawai British untuk membincangkan kepentingan NNMB.
Antara faktor penubuhan NNMB ialah
1.Masalah kewangan di Pahang .
- Penentangan pemimpin –pemimpin tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosakan.
- Penentangan ini menelan belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan tentera.
- Negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Perak dan Selangor dapat membantu Pahang menyelesaikan masalah kewangannya.
2.Kelemahan Sistem Residen.
- Residen mentadbir hal ehwal pertanian,perlombongan ,sistem cukai dan isu-isu lain dengan cara mereka sendiri kerana tiada garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan membentuk pentadbiran yang seragam .
- Gabungan ini dapat mengawal kuasa residen yang mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.
3. Mengurangkan belanja untuk pentadbiran
- Sistem pemerintahan berasingan yang membahagikan negeri-negeri Melayu kepada wilayah masing-masing menelan kos yang banyak.
- Gabungan ini dapat menyelaraskan sistem pentadbiran dan memperbaik sistem perhubungan antara negeri tersebut.
Antara kesan penubuhan NNMB ialah
- Penubuhan beberapa jabatan seperti jabatan kerja raya,kewangan dan keadilan yang menyebabkan ramai kemasukan pegawai-pegawai British.
- Tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral.
- Sistem pentadbiran yang lebih tersusun membawa kepada kestabilan ekonomi.
- Sistem pentadbiran tidak puas hati dalam kalangan raja.
Antara anggota yang terlibat dalam Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan ialah
- Pesuruhjaya Tinggi yang menggantikan Gabenor NNS.Pesuruhjaya Tinggi menjadi presiden yang berpusat di Singapura.
- Residen Jeneral berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi.
- Majlis Mesyuarat Persekutuan juga mempunyai empat orang raja Melayu
- Empat orang Residen British
- Empat orang ahli tidak rasmi iaitu penjaga
- Majlis Mesyuarat Persekutuan telah diadakan pada 11 Disember 1909 buat kali pertama.
- Majlis Mesyuarat Persekutuan telah memberi banyak kesan buruk seperti tiada wakil dari masyarakat tempatan.
- Hal ini menunjukan orang Melayu kehilangan hak dalam pentadbiran Negara.
- Selain itu,kuasa sultan dalam majlis semakin merosot kerana mereka hanya ahli biasa.
- Mereka tidak boleh membuat keputusan dan mesyuarat ini diadakan tanpa kehadiran mereka.
- Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa yang tinggi berbanding sultan dan Pesuruhjaya Tinggi boleh melantik dan memberhentikan ahli tidak rasmi iaitu tiga orang Eropah dan seorang Cina mengikut budi bicaranya.
- Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dibentuk pada tahun 1909.
- Apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.,empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada British.
- Oleh itu,Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
- Raja Melayu mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak berkuasa berbanding kuasa Residen di NNMB.
- Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua.
- British gagal menggabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.
Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi 1920-1941):
- Pengagihan kuasa pusat dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
- Antara faktor pengenalan desentralisasi ialah Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran pada Pesuruhjaya Tinggi kerana mereka kehilangan kuasa.
- Pengenalan Majlis Mesyuarat Persekutuan menyebabkan sultan tidak puas hati kerana tidak memberi kuasa pemutus dan mesyuarat dijalankan tanpa kehadiran sultan.
- British menyatukan NNMB,NNMTB dan NNS dan British berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran semasa kemelesatan dunia pada tahun 1920-an.
- Desentralisasi diperkenalkan kerana wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal pentadbiran.
- Sir Lawrence Guillemard telah melakukan banyak perubahan melalui Desentralisasi .
- Antaranya ialah menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu daripada majlis ini tetapi boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi British di London.
- Selain itu,Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri iaitu menguruskan belanjawan negeri.
- Perubahan yang seterusnya ialah beberapa buah jawatan kerajaan yang berada di bawah peringkat pusat diletakkan dibawah peringkat negeri.
- Akhir sekali,jawatan Residen Jeneral dihapuskan.
- Di samping itu,sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923.
- Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji pengagihan kuasa.
- Guillemard telah mengemukakan beberapa cadangan yang akhirnya diluluskan.Kuasa raja dipulihkan.
- Sebagai contoh rang undang –undang hanya sah setelah ditandatangani oleh raja-raja.
- Cecil Clementi meneruskan usaha pelaksanaan desentralisasi selepas Guillemard.
- Antara pembaharuan yang dilakukan ialah Cecil Clementi telah memindahkan jabatan yang berada di bawah kerajaan kepada kawalan kerajaan negeri.
- Contoh jabatan yang dipindahkan adalah Jabatan Pertanian ,Jabatan Pendidikan ,Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.
- Selain itu kuasa Majlis Negeri dalam hal pentadbiran dan kewangan diperluaskan .
- Penguasaan ekonomi Tanah Melayu masih diteruskan oleh British melalui pengenalan Desentralisasi.
- Hal ini kerana Desentralisasi memudahkan British menguasai negeri-negeri Melayu.
- Serangan Jepun pada tahun 1941telah menamatkan rancangan Desentralisasi.
Sistem
|
Tahun Diperkenalkan
|
Negeri-negeri Terbabit
|
Sistem Residen
|
1874-1889
|
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
|
Negeri-Negeri Selat ( NNS )
|
1826
|
Pulau Pinang,Singapura dan Melaka
|
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB )
|
1896
|
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
|
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB )
|
1909-1919
|
Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor
|
Disentralisasi
|
1920-an
|
Semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu
|
Subscribe to:
Posts (Atom)