*Selepas kekalahan Melaka, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya serta pengikutnya telah berundur ke Selatan. Ayahandanya telah bersemayam di Batu Hampar sementara Sultan Ahmad pula membuat kubu di Pagoh. Mereka membuat persediaan untuk merampas semula Melaka daripada Portugis. Rancangan berjaya di kesan oleh Portugis. Mereka berundur ke Pahang. Kemudian mereka berhijrah ke Bentah dan bersemayam di Kopak.Sultan Ahmad mangkat di Kopak dan dimakamkan di Bukit Batu. Baginda digelar marhum di Bukit Batu. Sultan Alauddin Riayat Syah putera kepada Sultan Mahmud Syah.
PEMERINTAH-PEMERINTAH JOHOR DAN PUSAT-PUSAT PENTADBIRAN
*Pusat Pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berpindah-pindah kerana ekoran serangan Portugis dan Aceh serta berlaku penggantian Sultan.
BIL.
|
NAMA PEMERINTAH
|
TAHUN
PEMERINTAHAN
|
1.
|
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT
SYAH
|
1528-1564
|
2.
|
SULTAN MUZAFFAR SYAH
|
1564-1570
|
3.
|
SULTAN ABDUL JALIL
SYAH
|
1570-1571
|
4.
|
SULTAN ALI JALLA
ABDUL JALIL SYAH II (RAJA UMAR)
|
1571-1597
|
5.
|
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT
SYAH II (RAJA MANSUR)
|
1597-1615
|
6.
|
SULTAN ABDULLAH
MUAYAT SYAH (RAJA SEBERANG)
|
1615-1623
|
7.
|
SULTAN ABDUL JALIL
SYAH III (RAJA BUJANG)
|
1623-1677
|
8.
|
SULTAN IBRAHIM SYAH
(RAJA IBRAHIM)
|
1677-1685
|
9.
|
SULTAN MAHMUD SYAH
|
1685-1699
|
*Wujud juga jawatan lain seperti Seri Bija Diraja,Seri Perdana Menteri,Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja di samping pembesar-pembesar agama seperti kadi dan imam.
*Bendahara ialah orang yang berkuasa selepas sultan.
*Negeri-negeri yang taat setia kepada Melaka mengubah kesetian mereka kepada kesultanan Johor.Hal ini mengukuhkan lagi kerajaan Johor.
PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR 1721-1819
*Selepas tahun 1721,pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpindah dengan kerap.
*Riau menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor.
*Politik Johor lebih banyak dipengaruhi oleh kepentingan British.
PERDAGANGAN DI JOHOR
*Faktor-faktor yang mempengaruhi perdagangan di Johor ialah :
~Kedudukan yang strategik
~Sungai yang lebar
~Kemudahan Gudang dan sistem perdagangan yang tersusun.
~Barang dagangan luar
~Peranan orang laut
~Persahabatan dengan Belanda
PELABUHAN ENTREPOT
*Johor menguruskan barang-barang dagangan dari seluruh pelosok dunia.
*Syahbandar ditugaskan bagi mengawal pelabuahn entreport dan antara tugas-tugasnya ialah :
~Mengawal pedagang-pedagang yang keluar masuk ke pelabuhan entreport.
~Menjadi hakim bagi sebarang perselisihan antara pedagang dan merujuk kepada mahkamah jika kesnya berat.
~Memeriksa dan menentukan segala cukai.
~Memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz kapal-kapal tersebut.
~Menjaga keselamatan pelabuhan.
*Kini kerajaan Johor menjadi salah satu kerajaan Melayu yang dikagumi kerana pernah mencipta keagungannya yang tersendiri.